Rabu, 22 Mac 2017

Benarkah Telor Ayam Melambatkan Luka Dari Sembuh ?
Kesan luka selepas pembedahan memanglah membimbangkan. Apatah lagi jika kesan luka itu bersaiz besar dan dalam. Itulah yang saya alami akibat mengidap ‘fournier gangrene’. Kata doktor, masa untuk sembuh mungkin 6 bulan atau lebih. Maka ramailah yang berpesan supaya banyakkan berpantang dalam makanan terutamanya telor ayam, bimbang luka lambat sembuh. Kononnya telor akan menyebabkan kesan luka bernanah dan air bisa lambat kering. Namun lain pula pesan jururawat yang sering mencuci luka saya. “Makan telor ayam itu penting sangat supaya luka cepat sembuh, jangan lupa makan sama epal hijau”. Saya keliru diantara dua pesanan berbeza, satu pihak bertauliah satu pihak lagi tidak, tapi bijak berbicara hingga terkesan kita dibuatnya. Namun saya mengambil keputusan untuk mematuhi pesanan si jururawat yang lebih 15 tahun pengalamannya merawat pelbagai jenis luka. Ternyata pilihan saya betul, luka saya sembuh sepenuhnya dalam 4 bulan. Alhamdullillah ..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan